Followers

Cepat atau lambat... itu pasti

31 August 2014

Sebenarnya pagi jumaat hari tu aku termenung panjang..
Terkedu..
Dapat msg..
Someone yang aku kenal baru meninggal dunia...

Teringat hari terakhir aku jumpa arwah
Waktu 2 minggu lepas, masa raya..
Terimbau perbualan terakhir aku dengan arwah..
Terbayang senyuman terakhir yang arwah bagi aku...
Tak terlintas dalam hati aku yang rupanya arwah tengah sakit...

Tak kira cepat atau lambat
Ajal itu pasti untuk setiap insan
Cuma mampu berdoa agar kita semua meninggal dalam keadaan baik...

Al-fatihah... moga arwah ditempatkan di kalangan orang Soleh.. amin


Puasa enam

15 August 2014

Formula mudah.

30 + 6 = 365

Puasa 30 hari Ramadhan, ditambah dengan puasa 6 hari Syawal, pahala macam puasa setahun ;)

Sayangnya Allah dekat kita... senang senang macam tu je Allah nak bagi bonus pahala mudah dekat hambaNya...

Hari ni dah masuk 19 Syawal. Sempat lagi kalau nak puasa enam.

*Ketupat lemang rendang semua dah balun. Ni la time paling sesuai untuk 'rehatkan' perut...yang terkejut sebab makan banyak sangat masa raya. Heee



Gaza

8 August 2014

Saudara Islam kita kat Gaza tengah berjuang bermandi darah.

Zionis laknatullah tu mungkin nampak hebat dengan senjata dan bom canggih .  Tapi... sebenarnya kita ada 'senjata' yang sejuta kali lagi power. Kita umat islam, Allah dah bagi kelebihan dengan senjata doa.

Doa doa doa.

Kita boleh bergabung melalui doa. Cuba bayangkan kalau semua 1 billion orang islam kat dunia ni berdoa untuk Gaza. Effect doa ni lagi besar daripada yang kita sangka. Percaya dengan Allah.

Kesian kanak2 yang tak berdosa

Ya... lagi satu cara kita boleh ikhtiar dengan jihad ekonomi. Boikot McD, starbuck, Milo nescafe, maggi, kit kat,etc. Kalau rasa berat hati nak boikot, ni ada petua dari Farah Khairudin:

"U bayangkan u pregnant pastu ada orang datang tembak perut u. That's what i imagine bila i mengidam milo" - Farah Khairudin

Balik kerja tadi sempat lalu depan McD @ KL Sentral.
Hampir semua meja penuh, but mostly are Nonmuslims. Orang islam ada 2-3 orang.

Holiday blues

5 August 2014

Still in holiday blues. Badan kat tempat kerja, tapi minda tak puas nak cuti lagi. Bak kata adik aku,

"Tu la.. Sape suruh cuti lama-lama" 

Waktu bulan puasa bos baik hati bagi balik kerja pukul 4pm. Sekarang back to normal routine, kena biasakan diri balik pukul 6pm macam biasa.

Lambatnya nak tunggu hari Jumaat.... -.-'


Lets face it!