Followers

Menanti Surprise Dari Allah

6 June 2014

Assalamualaikum,

Terdetik lagi hati saya untuk menulis di sini.

Jodoh awal  itu juga terdiri daripada rezeki. Ramai sahabat terdekat saya yang rezeki jodoh mereka telah sampai awal. Macam dua orang housemate saya masa study dulu telah selamat memasuki alam perkahwinan  sejurus lepas tamat belajar, pada usia yang muda. Sweet dan manisnya kisah mereka...berkahwin secara sederhana, perkenalan berlandaskan Islam, tak ambil masa lama untuk bertemu keluarga, dan memilih untuk bercinta selepas bernikah. Bila dah nikah, semua yang kita buat untuk suami jadi ibadah dan dapat pahala :)

Gembira saya untuk mereka, kerana mereka telah berjumpa dengan Mr. Right mereka. Semoga Allah kurniakan juga takdir hidup yang indah  untuk saya. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu masa terbaik untuk saya bertemu dengan Mr. Right.

Yang penting, persiapkan diri untuk menjadi yang terbaik. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Orang cakap, jodoh tu suprise dari Allah. Kita tak tahu siapa jodoh kita, sampai masa yang Allah tetapkan. Jodoh itu misteri, Allah knows when is the right time, who will be the best for us.

I'm Waiting for Someone

Doa dari Jauh

Bismillahirramanirrahim.

4 June 2014, Hari ni  minggu ini, hari hari yang lepas... ada sesuatu yang berlegar-legar dalam fikiran ini. Sampai kepala dah tak larat nak fikir. More than months saya dah pendamkan ni,  moga Allah berikan petunjuk.


Rindu ni saya hanya mampu simpan je dalam hati. Hanya mampu luahkan dekat Allah saja. Orang kata, kalau rindukan someone, put your hand at your heart,  recite Al-Fatihah, and hoping that person feels your rindu too.

Tu je yang mampu sy lakukan. Nak luahkan tak mampu. Kembali pada Allah je, sebab Allah lah pemilik hati kita.

Bersyukur dengan perubahan dia. Tapi saya hanya mampu gembira dan senyum dari jauh je. Moga Allah pertingkatkan ketaqwaan dia, amalan dia, keimanan dia, istiqamah dia, Semoga Allah lindungi hati dia daripada perkara yang melalaikan. Semoga dia dimurahkan rezeki. Dan semoga dia tidak berputus asa dan sabar dalam berdoa. :')  Amin Amin ya Rabbal alamin.

From me, for you.