Followers

Menanti Surprise Dari Allah

6 June 2014

Assalamualaikum,

Terdetik lagi hati saya untuk menulis di sini.

Jodoh awal  itu juga terdiri daripada rezeki. Ramai sahabat terdekat saya yang rezeki jodoh mereka telah sampai awal. Macam dua orang housemate saya masa study dulu telah selamat memasuki alam perkahwinan  sejurus lepas tamat belajar, pada usia yang muda. Sweet dan manisnya kisah mereka...berkahwin secara sederhana, perkenalan berlandaskan Islam, tak ambil masa lama untuk bertemu keluarga, dan memilih untuk bercinta selepas bernikah. Bila dah nikah, semua yang kita buat untuk suami jadi ibadah dan dapat pahala :)

Gembira saya untuk mereka, kerana mereka telah berjumpa dengan Mr. Right mereka. Semoga Allah kurniakan juga takdir hidup yang indah  untuk saya. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu masa terbaik untuk saya bertemu dengan Mr. Right.

Yang penting, persiapkan diri untuk menjadi yang terbaik. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Orang cakap, jodoh tu suprise dari Allah. Kita tak tahu siapa jodoh kita, sampai masa yang Allah tetapkan. Jodoh itu misteri, Allah knows when is the right time, who will be the best for us.

I'm Waiting for Someone

No comments: