Followers

Bila Tiba Masanya...

18 June 2014

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)

Hari ni aku bersyukur sangat. Sebab kucing kesayangan aku (Wawa) yang dah hilang 3 bulan, dah balik rumah... Allah pulangkan balik Wawa dalam hidup aku di saat-saat aku mula hilang harapan.

Tiga bulan yang lepas (April 2014),
semasa awal kehilangan Wawa, memang sedih sangat.Selalu ternangis bila teringat dekat Wawa. Bulan pertama masa Wawa masih hilang, aku selalu buat solat hajat, doa banyak-banyak moga Allah pulangkan balik Wawa ke rumah. Dua malam berturut-turut aku mimpi Wawa balik rumah. Aku bersangka baik, mungkin Allah nak bagi petunjuk kat aku melalui mimpi tu...

Tapi bila dah 2-3 bulan Wawa still tak balik rumah, keyakinan aku dah pudar. Hampir putus asa. Dalam hati aku, terdetik yang Wawa takkan muncul lagi dalam hidup aku :'(


Rupanya..hari ni Allah nak makbulkan doa aku, lepas 3 bulan. Lepas aku rasa putus asa. Bila jadi macam ni, buat aku terfikir.. Rupanya aku tak praktikkan konsep yang betul dalam berdoa. Dulu bila aku buat solat hajat, aku expect yang Allah akan makbulkan doa aku dalam masa beberapa hari. Aku expect, kalau aku doa hari ni, esok atau lusa Wawa akan muncul depan rumah.

Tapi bila dah lama sangat Wawa hilang...waktu tu aku asyik fikir kenapa Allah tak makbulkan doa aku.

Bila Allah munculkan Wawa pagi tadi, aku memang tersentak. Tersentak sebab bukan doa aku tak didengari Allah, tapi rupanya Allah nak tangguhkan permintaanku ke masa yang Dia rasa paling sesuai. Aku je yang cepat putus asa dalam meminta. Astaghfirullah al azim.

Allah tu Maha Penyayang... Dia takkan biarkan kita sentiasa bersedih dalam masa yang lama. Allah tersangat dekat dengan kita. Dia sentiasa dengar apa yang kita minta. Tapi... jangan sedih kalau kita rasa Allah tak makbulkan apa yang kita nak. Allah cuma nak tangguhkan ke masa yang paling sesuai, ATAU, sebenarnya Allah nak gantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik. Yakin dan yakin.

Apa yang aku belajar hari ni...Jangan bersedih.. Kesedihan tu tak lama. Teruskan berdoa walaupun kita masih tak nampak jalan.. Tiada yang mustahil bagi Allah. Allah tahu sesuatu yang kita tak ketahui. Senyum ye... :)

2 comments:

Arol Mubin said...

Mesti tak tergambar kegembiraan bila kucing yang dah 3 bulan hilang tiba-tiba pulang ke rumah. :) Betul tue! Kita kena sentiasa berdoa sebab doa kan senjata orang mukmin. :)

Nikmat & Kehidupan said...

Aah Arol. Memang pun. Lepas rasa dah putus asa, tiba-tiba Allah hantarkan kegembiraan... Memang tak tersangka :)