Followers

Manisnya Iman

12 June 2014

Assalamualaikum,

Iman boleh bertambah dan berkurang. Tak dinafikan. Sebab itu pentingnya untuk merasai kemanisan iman. Kemanisan iman tu rasa nikmat, ketenangan, kelapangan, kerinduan untuk lakukan ibadah kpd Allah.

Bila kita sedar betapa manisnya iman itu, kita mesti selalu rindu nak buat amal kebaikan. Betul tak?

Saya tahu  saya ni pun bukannya baik sangat. Selalu jugak tergelincir perbuatan dan amalan. Tapi saya nak berkongsi ilmu baru saya perolehi melalui program Pencetus Ummah kat Astro Oasis tadi. Sebelum saya lupa ilmu ni, baiklah saya terus tulis kat sini. Hehehe. Untuk manfaat bersama, dan  jugak rujukan untuk saya akan datang.

Macamana cara nak capai kemanisan iman? 3 cara berdasarkan hadis:

1) Cinta kepada Allah dan Rasul saw melebihi segalanya.
2) Cinta pada manusia kerana Allah.
3) Benci melakukan perkara mungkar, seperti bencinya jika dicampak ke api neraka.

Kalau dalam diri kita ada semua 3 perkara kat atas ni, insyaAllah  kita akan dapat rasakan kemanisan iman itu ;)



Nak tambah lagi sikit, iman kalau tak jaga pun boleh berkurang. Macam,  lelaki bila pergi shopping kompleks, sambil usya awek cun atau amoi comel. Kalau perempuan pulak, bila kita tak jaga lidah dan bergosip bagai... pun boleh buat iman berkurang.

Saya tulis ni untuk saya jugak, saya sedar sangat iman saya tak sekuat mana. Tulisan ni sebagai ingatan untuk saya supaya selalu jaga diri. Untuk kamu jugak dan sesiapa yang baca posting ni, pun jaga diri baik baik ye. :)

p/s: Selamat menghidupkan malam Nisfu Syaaban :)

No comments: