Followers

Three things in life

8 nov 2014

(Tengah online instagram, terjumpa pict ni)
I thought its interesting to give a try.


And,
The first 3 words that I see,

Happiness
Honesty
Health

:)

#whatIwantinlife #itstrue 
#youtrythistoo

Walaupun 20 sen

5 Okt 2014

Sembang-sembang dengan ayah,

"Naik harga sampai 20 sen. Dulu waktu zaman Mahathir, harga minyak takde naik banyak mcm ni.." -Ayah

Dulu masa student, tak terasa sangat bila harga minyak naik.

Tapi sekarang, baru tahu macamana perasaan bila berita announce harga minyak nak naik. Perit tu memang ada sebab hari2 drive pergi kerja.

And of course, bila minyak naik akan ada 'domino effect'. Semua barang lain pun akan naik harga.

MasyaAllah sabar je la. Ni ujian duniawi. Moga Allah murahkan rezeki kita semua.

Selamat hari raya Aidiladha.



Awake

22 Sept 2014

........
Terjaga dari tidur
Having a dream
I'm smiling to that person

Cerita dekat Allah
Allah sentiasa ada


How I handle things

19 Sept 2014

For me. Penenang hati tatkala dilanda ujian hidup:


1. Surah yasin 
(Seriously it works. Rasa macam ringan kepala. Mengadu kat Allah, sebab Allah ada)

2. Kucing
(Cium peluk kucing)

3. Cala Qisya 
(Hobi baru, log in instagram, and cuci mata scroll down insta calaqisya, tengok jubah lawa-lawa)

4. Tidur 
(The shortest way. Mata akan terlelap sendiri)



Lain orang lain cara handle problem. Be positive is the main thing. Takde ujian yang takde jalan keluar. Takde ujian yang tiada penawar.



Cepat atau lambat... itu pasti

31 August 2014

Sebenarnya pagi jumaat hari tu aku termenung panjang..
Terkedu..
Dapat msg..
Someone yang aku kenal baru meninggal dunia...

Teringat hari terakhir aku jumpa arwah
Waktu 2 minggu lepas, masa raya..
Terimbau perbualan terakhir aku dengan arwah..
Terbayang senyuman terakhir yang arwah bagi aku...
Tak terlintas dalam hati aku yang rupanya arwah tengah sakit...

Tak kira cepat atau lambat
Ajal itu pasti untuk setiap insan
Cuma mampu berdoa agar kita semua meninggal dalam keadaan baik...

Al-fatihah... moga arwah ditempatkan di kalangan orang Soleh.. amin


Puasa enam

15 August 2014

Formula mudah.

30 + 6 = 365

Puasa 30 hari Ramadhan, ditambah dengan puasa 6 hari Syawal, pahala macam puasa setahun ;)

Sayangnya Allah dekat kita... senang senang macam tu je Allah nak bagi bonus pahala mudah dekat hambaNya...

Hari ni dah masuk 19 Syawal. Sempat lagi kalau nak puasa enam.

*Ketupat lemang rendang semua dah balun. Ni la time paling sesuai untuk 'rehatkan' perut...yang terkejut sebab makan banyak sangat masa raya. Heee



Gaza

8 August 2014

Saudara Islam kita kat Gaza tengah berjuang bermandi darah.

Zionis laknatullah tu mungkin nampak hebat dengan senjata dan bom canggih .  Tapi... sebenarnya kita ada 'senjata' yang sejuta kali lagi power. Kita umat islam, Allah dah bagi kelebihan dengan senjata doa.

Doa doa doa.

Kita boleh bergabung melalui doa. Cuba bayangkan kalau semua 1 billion orang islam kat dunia ni berdoa untuk Gaza. Effect doa ni lagi besar daripada yang kita sangka. Percaya dengan Allah.

Kesian kanak2 yang tak berdosa

Ya... lagi satu cara kita boleh ikhtiar dengan jihad ekonomi. Boikot McD, starbuck, Milo nescafe, maggi, kit kat,etc. Kalau rasa berat hati nak boikot, ni ada petua dari Farah Khairudin:

"U bayangkan u pregnant pastu ada orang datang tembak perut u. That's what i imagine bila i mengidam milo" - Farah Khairudin

Balik kerja tadi sempat lalu depan McD @ KL Sentral.
Hampir semua meja penuh, but mostly are Nonmuslims. Orang islam ada 2-3 orang.

Holiday blues

5 August 2014

Still in holiday blues. Badan kat tempat kerja, tapi minda tak puas nak cuti lagi. Bak kata adik aku,

"Tu la.. Sape suruh cuti lama-lama" 

Waktu bulan puasa bos baik hati bagi balik kerja pukul 4pm. Sekarang back to normal routine, kena biasakan diri balik pukul 6pm macam biasa.

Lambatnya nak tunggu hari Jumaat.... -.-'


Lets face it!

Tutorial shawl by Dena Bahrin (2014)

13 July 2014

Salam,

I'm one of hundred thousands followers of Dena Bahrin on instagram. Khas untuk ladies, kalau tak kenal, boleh la follow and jenguk instagram dia. Sebagai perempuan, aku memang sangat adore dengan Dena. She is much younger than me, but I find her as an attractive muslimah, a modest uni student, yet she is a caring mother and wife. Muda lagi dah kahwin and ada anak :)

Ibu muda. Dena Bahrin and her son 

Dena Bahrin ada share satu video untuk tutorial  shawl / wide shawl  yang tutup dada. Latest tutorial 2014.  Aku baru terjumpa beberapa hari lepas.  

Video tutorial tu private dekat instagram Dena. Aku tak boleh nak terus bagi direct link, sebab private. So make sure kena follow instagram Dena Bahrin dulu ye. www.instagram.com/denabahrin . After follow, boleh search #UmmiDenaTutorial . InsyaAllah boleh jumpa..

Harap berguna, bagi sesiapa yang tercari. Sharing is caring..



p/s: Sentiasa dalam ingatan... :)

Jigsaw puzzle

5 July 2014
 
"Life is like a jigsaw puzzle, we have to see the whole picture, then put it together piece by piece"

For me,

I cherish this 'puzzle'. To solve the puzzle, the situation sometimes gives me confusion. But yet it is exciting. 

And now... I'm smiling...

 :)


Bahu ke Bahu

3 July 2014

Bulan Ramadhan ni memang ramai orang berebut pahala solat jemaah kan... Masjid surau sentiasa penuh and meriah :)

Tapi... pernah tak rasa, kenapa bila kita solat jemaah, kadang-kadang kita terasa ngantuk and lesu? Sentiasa nak menguap?

Sebabnya... tak semua orang sedar kepentingan dan kelebihan merapatkan saf bila solat berjemaah. Merapatkan saf tu... beerti kita rapatkan 'bahu ke bahu'  dengan orang sebelah kita (kanan dan kiri). Sentuhan antara bahu ke bahu tu yang paling penting...

Ustaz kat sekolah aku dulu pernah cerita kelebihan rapatkan saf ni... yang aku ingat sampai sekarang. Ikut kajian, dalam badan manusia ni ada dua jenis cas. Cas positif and cas negatif. Aktiviti seharian kita akan menyebabkan berlakunya lebihan cas negatif.

Bila kita bertemu bahu ke bahu waktu solat berjemaah, cas negatif ni dapat dineutralkan. Ajaib kan. Betapa hebatnya Allah... :) Cubala try rapatkan bahu, insyaAllah kita macam dapat 'energy', dah takkan rasa lesu bila solat...



Rugikan...kalau kita solat jemaah tapi tak rapatkan bahu antara satu sama lain. Sebab kat celah ruang-ruang kosong tulah syaitan akan masuk, kacau kita supaya tak khusyuk dalam solat :(

Erm... dah namanya pun solat berjemaah, kita bukannya solat sorang-sorang. Kadang-kadang dilema jugak, bila kita nak rapatkan saf dengan orang sebelah kanan, orang sebelah kiri kita pulak yang statik taknak rapatkan saf dengan kita...

Rapatkan saf, takkan efektif kalau sorang dua je yang buat. Semua yang berjemaah dalam solat kena praktikkan jugak.. Baru umat Islam boleh jadi power and bertenaga :)


Dia hadir dalam mimpi..

26 June 2014

Dah 7 hari berturut-turut aku bermimpikan orang yang sama. Jalan cerita mimpi yang berlainan, tapi setiap kali itulah dia hadir.

Moga Allah bukakan jalan untuk aku...


--------
 

Moga BerkatNya Sampai

24 June 2014

Assalamualaikum wbt...

Weekend lepas, Allah takdirkan aku and satu family pergi satu program. Seronok sebenarnya bila kita hadir majlis ilmu macam ni.. Rasa hati ni lebih positif...

Banyak ilmu-ilmu baru aku kutip sepanjang 2 hari tu.. Tema program; "Keluarga Sunnah". Banyak cerita pasal sunnah Rasulullah saw dalm hidup berumah tangga, dan hidup berkeluarga.

Waktu slot dengan Imam Muda Asyraf, terngiang-ngiang dekat aku sampai hari ni kata-kata Ustaz..
..."Perolehan (harta, ilmu, rezeki, mahar etc) tidak dinilai pada banyaknya... Tetapi dinilai pada barakahnya"....
Berulang kali IM Asyraf tekankan ayat yg sama.. Dari start ceramah, sampai nak habis ceramah.Waktu ni, ustaz tengah sentuh pasal keberkatan hidup berumah tangga, waktu awal perkahwinan..

....Ilmu yang boleh aku ambil, insyaAllah aku akan amalkan.. Yang selebihnya, aku simpan kemas-kemas dalam hati, niat nak amalkan bila tiba masanya aku bertemu jodoh nanti :) InsyaAllah


p/s: Antara waktu mustajab untuk berdoa, bila kita berada dalam majlis ilmu...Semoga segalanya dipermudahkan Allah..


Bila Tiba Masanya...

18 June 2014

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)

Hari ni aku bersyukur sangat. Sebab kucing kesayangan aku (Wawa) yang dah hilang 3 bulan, dah balik rumah... Allah pulangkan balik Wawa dalam hidup aku di saat-saat aku mula hilang harapan.

Tiga bulan yang lepas (April 2014),
semasa awal kehilangan Wawa, memang sedih sangat.Selalu ternangis bila teringat dekat Wawa. Bulan pertama masa Wawa masih hilang, aku selalu buat solat hajat, doa banyak-banyak moga Allah pulangkan balik Wawa ke rumah. Dua malam berturut-turut aku mimpi Wawa balik rumah. Aku bersangka baik, mungkin Allah nak bagi petunjuk kat aku melalui mimpi tu...

Tapi bila dah 2-3 bulan Wawa still tak balik rumah, keyakinan aku dah pudar. Hampir putus asa. Dalam hati aku, terdetik yang Wawa takkan muncul lagi dalam hidup aku :'(


Rupanya..hari ni Allah nak makbulkan doa aku, lepas 3 bulan. Lepas aku rasa putus asa. Bila jadi macam ni, buat aku terfikir.. Rupanya aku tak praktikkan konsep yang betul dalam berdoa. Dulu bila aku buat solat hajat, aku expect yang Allah akan makbulkan doa aku dalam masa beberapa hari. Aku expect, kalau aku doa hari ni, esok atau lusa Wawa akan muncul depan rumah.

Tapi bila dah lama sangat Wawa hilang...waktu tu aku asyik fikir kenapa Allah tak makbulkan doa aku.

Bila Allah munculkan Wawa pagi tadi, aku memang tersentak. Tersentak sebab bukan doa aku tak didengari Allah, tapi rupanya Allah nak tangguhkan permintaanku ke masa yang Dia rasa paling sesuai. Aku je yang cepat putus asa dalam meminta. Astaghfirullah al azim.

Allah tu Maha Penyayang... Dia takkan biarkan kita sentiasa bersedih dalam masa yang lama. Allah tersangat dekat dengan kita. Dia sentiasa dengar apa yang kita minta. Tapi... jangan sedih kalau kita rasa Allah tak makbulkan apa yang kita nak. Allah cuma nak tangguhkan ke masa yang paling sesuai, ATAU, sebenarnya Allah nak gantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik. Yakin dan yakin.

Apa yang aku belajar hari ni...Jangan bersedih.. Kesedihan tu tak lama. Teruskan berdoa walaupun kita masih tak nampak jalan.. Tiada yang mustahil bagi Allah. Allah tahu sesuatu yang kita tak ketahui. Senyum ye... :)

Dia Rindu Rintihan Kita...

17 June 2014

Antara saat kita paling dekat dengan Allah adalah saat kita meletakkan kepala untuk bersujud kepadaNya. Waktu itu, merintihlah... merintihlah... merintihlah. Allah rinduuuuu nak dengar rintihan hambaNya. Pintalah apa yang kita rasa mustahil. Pintalah dengan yakin. Bersungguh sungguh. Dengan khusyuk sekhusyuknya.

Mudah mudahan...


Surprise From Portugal!

15 June 2014

I am really really HAPPY when I saw this picture this early morning. Tak sangka, si Alya yang sekarang ni ada kat hujung dunia (jauh dari Malaysia) boleh teringat dekat aku. Alya is in Portugal, when this picture is taken. She takes effort to draw my names at sand, showing that she does not forget me :)

Hepi Bufday? Haha macam perli je. Birthday aku bukan bulan June sayang.

Alya post picture ni dekat my FB,
Tapi sebab aku dah lama tak online FB sendiri,
lepas seminggu baru perasan kewujudan pict ni. Sorry yunk :(

Cepat cepat la balik Malaysia Alya. Rindu kamu sejuta kali ganda. Nak jumpa kamu, nak hug kamu ketat ketat tak nak lepas,  nak sembang dengan kamu lama lama. 

Dialah teman makan, teman tidur, teman gelak, teman sedih, teman belajar, teman gosip, teman shopping, teman gaduh. Almost everything dengan dia. One of my closest best friend kat uni dulu. Thanks sayang  for remembering me, walaupun for sure kau ada kawan baru dekat sana. Thanks for this picture, walaupun mungkin orang nampak benda ni macam remeh, tapi benda macam ni la buat aku tersentuh. 

At least aku tahu ada jugak rupanya orang yang ingat dekat aku  :') Meh sini nak hug sikit

Hargai Apa Yang Kita Miliki :)

14 June 2014

Bila kita bandingkan hidup kita dengan orang yang lebih susah, insyaAllah kita akan rasa grateful dengan apa yang kita ada hari ni.

Kadang-kadang kita tanya  kenapa kita takde rumah banglo? Tapi cuba kita bandingkan diri dengan orang lain yang tidur bawah jambatan. Mungkin kita tanya kenapa Allah tak bagi kita kereta mewah? Tapi cuba kita lihat orang lain yang hanya mampu berbasikal.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tu kata kunci dia.

Mungkin Allah bagi kesenangan/kekayaan dekat orang lain, sebagai bentuk ujian untuk orang itu. Setiap manusia tak sama bentuk ujian dia. Mungkin, Allah tahu kalau kita diberi kekayaan melimpah, kita mungkin akan kufur nikmat. Allah bagi apa yang kita ada hari ni, sebab Allah tahu itu yang paaalinggg terbaik untuk kita :)



Lagipun apa je yang milik kita. Takde yang milik kita. Semuanya milik Allah. Kalau Allah nak tarik balik nikmat tu, Kunfayakun je. Sekelip mata. Selalu selalu selalulah berdoa pada Allah supaya Dia tak tarik balik nikmat yang kita peroleh hari ni.

Kalau kita dilimpahi kesenangan harta, besyukurlah dengan membantu orang lain.
Kalau kita diberi kesihatan yang baik, bersyukurlah dengan menjaga ibadah dengan sempurna.
Kalau kita dikurniakan kepandaian, bersyukurlah dengan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Kalau kita diberi ketampanan/kecantikan, bersyukurlah dengan jaga maruah diri  sebaik-baiknya.
Dan jangan lupa juga, nikmat terbesar dalam hidup yang patut paling kita hargai dan jaga elok elok adalah nikmat ISLAM ;)

p/s: Jaga diri, jaga iman ye. Doa selalu :)



Manisnya Iman

12 June 2014

Assalamualaikum,

Iman boleh bertambah dan berkurang. Tak dinafikan. Sebab itu pentingnya untuk merasai kemanisan iman. Kemanisan iman tu rasa nikmat, ketenangan, kelapangan, kerinduan untuk lakukan ibadah kpd Allah.

Bila kita sedar betapa manisnya iman itu, kita mesti selalu rindu nak buat amal kebaikan. Betul tak?

Saya tahu  saya ni pun bukannya baik sangat. Selalu jugak tergelincir perbuatan dan amalan. Tapi saya nak berkongsi ilmu baru saya perolehi melalui program Pencetus Ummah kat Astro Oasis tadi. Sebelum saya lupa ilmu ni, baiklah saya terus tulis kat sini. Hehehe. Untuk manfaat bersama, dan  jugak rujukan untuk saya akan datang.

Macamana cara nak capai kemanisan iman? 3 cara berdasarkan hadis:

1) Cinta kepada Allah dan Rasul saw melebihi segalanya.
2) Cinta pada manusia kerana Allah.
3) Benci melakukan perkara mungkar, seperti bencinya jika dicampak ke api neraka.

Kalau dalam diri kita ada semua 3 perkara kat atas ni, insyaAllah  kita akan dapat rasakan kemanisan iman itu ;)



Nak tambah lagi sikit, iman kalau tak jaga pun boleh berkurang. Macam,  lelaki bila pergi shopping kompleks, sambil usya awek cun atau amoi comel. Kalau perempuan pulak, bila kita tak jaga lidah dan bergosip bagai... pun boleh buat iman berkurang.

Saya tulis ni untuk saya jugak, saya sedar sangat iman saya tak sekuat mana. Tulisan ni sebagai ingatan untuk saya supaya selalu jaga diri. Untuk kamu jugak dan sesiapa yang baca posting ni, pun jaga diri baik baik ye. :)

p/s: Selamat menghidupkan malam Nisfu Syaaban :)

Ermmm

12 June 2014

Kenapa aku rasa macam ada something is going on.
Instinct aku.
Allah je yang Maha Mengetahui.
Berilah petunjuk untuk aku Ya Allah.


--------


Quick Update

09 June 2014

Ya Allah. Lesunya hari ni. Weekend lepas  tersangat la busy. 2 hari kenduri tahlil berturut-turut,. Malam sabtu kenduri sebelah family mak,  ahad  kenduri tahlil sebelah family ayah pulak. Nasib baik lah kampung senegeri, boleh la jugak ulang alik sana sini.

Pagi ni nak masuk office pun..dengan mata kuyu. Sleepless (kalau korang hulur bantal, memang aku dah lena dah ni). Nak buat kerja pun tak tahu nak start dari mana. Memang blur. Walaupun kerja dekat office ni menimbun.

Berilah kelapangan dada, dan Kau permudahkanlah urusanku pada hari ni Ya Allah

--------


Menanti Surprise Dari Allah

6 June 2014

Assalamualaikum,

Terdetik lagi hati saya untuk menulis di sini.

Jodoh awal  itu juga terdiri daripada rezeki. Ramai sahabat terdekat saya yang rezeki jodoh mereka telah sampai awal. Macam dua orang housemate saya masa study dulu telah selamat memasuki alam perkahwinan  sejurus lepas tamat belajar, pada usia yang muda. Sweet dan manisnya kisah mereka...berkahwin secara sederhana, perkenalan berlandaskan Islam, tak ambil masa lama untuk bertemu keluarga, dan memilih untuk bercinta selepas bernikah. Bila dah nikah, semua yang kita buat untuk suami jadi ibadah dan dapat pahala :)

Gembira saya untuk mereka, kerana mereka telah berjumpa dengan Mr. Right mereka. Semoga Allah kurniakan juga takdir hidup yang indah  untuk saya. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu masa terbaik untuk saya bertemu dengan Mr. Right.

Yang penting, persiapkan diri untuk menjadi yang terbaik. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Orang cakap, jodoh tu suprise dari Allah. Kita tak tahu siapa jodoh kita, sampai masa yang Allah tetapkan. Jodoh itu misteri, Allah knows when is the right time, who will be the best for us.

I'm Waiting for Someone

Doa dari Jauh

Bismillahirramanirrahim.

4 June 2014, Hari ni  minggu ini, hari hari yang lepas... ada sesuatu yang berlegar-legar dalam fikiran ini. Sampai kepala dah tak larat nak fikir. More than months saya dah pendamkan ni,  moga Allah berikan petunjuk.


Rindu ni saya hanya mampu simpan je dalam hati. Hanya mampu luahkan dekat Allah saja. Orang kata, kalau rindukan someone, put your hand at your heart,  recite Al-Fatihah, and hoping that person feels your rindu too.

Tu je yang mampu sy lakukan. Nak luahkan tak mampu. Kembali pada Allah je, sebab Allah lah pemilik hati kita.

Bersyukur dengan perubahan dia. Tapi saya hanya mampu gembira dan senyum dari jauh je. Moga Allah pertingkatkan ketaqwaan dia, amalan dia, keimanan dia, istiqamah dia, Semoga Allah lindungi hati dia daripada perkara yang melalaikan. Semoga dia dimurahkan rezeki. Dan semoga dia tidak berputus asa dan sabar dalam berdoa. :')  Amin Amin ya Rabbal alamin.

From me, for you.