Followers

Mencari konklusi

3 Sept 2015

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti

Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti
Yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam seketika
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi


-Song by Hujan

Good thing for me kot

5 August 15

Alah bisa tegal biasa.
benda yg dulu bukan  kebiasaan aku,
now i feel like a habit.

Tanpa disuruh
automatik je terus gerak

Ni la kot org kata, self-development.
Improving myself

.

If it is meant to be

29 July 2015

Ikan di laut, asam di darat
dalam periuk bertemu juga

Tawakaltu 'alallah

Birthday girl

12 July 2015

Hari ni birthday my best friend
Proud of u.
Thanks for being my friend dari umur 6 tahun.
Dari kita tadika smpai sekarang.
I will protect the friendship.

kita kan berkongsi impian yg sama.
I hope we both will achieve that.

Sayang kau.

;)

Time

8 july 2015

Cepat masa berlalu
Tup tup dah ramadhan
Tup tup nak dekat raya

Kejap je rasa
Time is passing fast


Suddenly

28 june 2015

Lama tak tulis kat sini.

After a while.

Rindu.

Semua tentang kita

5 Jan 2015

Teringat di saat
kita tertawa bersama
ceritakan semua tentang kita

-Semua tentang kita, Peterpan-

Three things in life

8 nov 2014

(Tengah online instagram, terjumpa pict ni)
I thought its interesting to give a try.


And,
The first 3 words that I see,

Happiness
Honesty
Health

:)

#whatIwantinlife #itstrue 
#youtrythistoo

Walaupun 20 sen

5 Okt 2014

Sembang-sembang dengan ayah,

"Naik harga sampai 20 sen. Dulu waktu zaman Mahathir, harga minyak takde naik banyak mcm ni.." -Ayah

Dulu masa student, tak terasa sangat bila harga minyak naik.

Tapi sekarang, baru tahu macamana perasaan bila berita announce harga minyak nak naik. Perit tu memang ada sebab hari2 drive pergi kerja.

And of course, bila minyak naik akan ada 'domino effect'. Semua barang lain pun akan naik harga.

MasyaAllah sabar je la. Ni ujian duniawi. Moga Allah murahkan rezeki kita semua.

Selamat hari raya Aidiladha.



Awake

22 Sept 2014

........
Terjaga dari tidur
Having a dream
I'm smiling to that person

Cerita dekat Allah
Allah sentiasa ada


How I handle things

19 Sept 2014

For me. Penenang hati tatkala dilanda ujian hidup:


1. Surah yasin 
(Seriously it works. Rasa macam ringan kepala. Mengadu kat Allah, sebab Allah ada)

2. Kucing
(Cium peluk kucing)

3. Cala Qisya 
(Hobi baru, log in instagram, and cuci mata scroll down insta calaqisya, tengok jubah lawa-lawa)

4. Tidur 
(The shortest way. Mata akan terlelap sendiri)



Lain orang lain cara handle problem. Be positive is the main thing. Takde ujian yang takde jalan keluar. Takde ujian yang tiada penawar.



Cepat atau lambat... itu pasti

31 August 2014

Sebenarnya pagi jumaat hari tu aku termenung panjang..
Terkedu..
Dapat msg..
Someone yang aku kenal baru meninggal dunia...

Teringat hari terakhir aku jumpa arwah
Waktu 2 minggu lepas, masa raya..
Terimbau perbualan terakhir aku dengan arwah..
Terbayang senyuman terakhir yang arwah bagi aku...
Tak terlintas dalam hati aku yang rupanya arwah tengah sakit...

Tak kira cepat atau lambat
Ajal itu pasti untuk setiap insan
Cuma mampu berdoa agar kita semua meninggal dalam keadaan baik...

Al-fatihah... moga arwah ditempatkan di kalangan orang Soleh.. amin


Puasa enam

15 August 2014

Formula mudah.

30 + 6 = 365

Puasa 30 hari Ramadhan, ditambah dengan puasa 6 hari Syawal, pahala macam puasa setahun ;)

Sayangnya Allah dekat kita... senang senang macam tu je Allah nak bagi bonus pahala mudah dekat hambaNya...

Hari ni dah masuk 19 Syawal. Sempat lagi kalau nak puasa enam.

*Ketupat lemang rendang semua dah balun. Ni la time paling sesuai untuk 'rehatkan' perut...yang terkejut sebab makan banyak sangat masa raya. Heee



Gaza

8 August 2014

Saudara Islam kita kat Gaza tengah berjuang bermandi darah.

Zionis laknatullah tu mungkin nampak hebat dengan senjata dan bom canggih .  Tapi... sebenarnya kita ada 'senjata' yang sejuta kali lagi power. Kita umat islam, Allah dah bagi kelebihan dengan senjata doa.

Doa doa doa.

Kita boleh bergabung melalui doa. Cuba bayangkan kalau semua 1 billion orang islam kat dunia ni berdoa untuk Gaza. Effect doa ni lagi besar daripada yang kita sangka. Percaya dengan Allah.

Kesian kanak2 yang tak berdosa

Ya... lagi satu cara kita boleh ikhtiar dengan jihad ekonomi. Boikot McD, starbuck, Milo nescafe, maggi, kit kat,etc. Kalau rasa berat hati nak boikot, ni ada petua dari Farah Khairudin:

"U bayangkan u pregnant pastu ada orang datang tembak perut u. That's what i imagine bila i mengidam milo" - Farah Khairudin

Balik kerja tadi sempat lalu depan McD @ KL Sentral.
Hampir semua meja penuh, but mostly are Nonmuslims. Orang islam ada 2-3 orang.

Holiday blues

5 August 2014

Still in holiday blues. Badan kat tempat kerja, tapi minda tak puas nak cuti lagi. Bak kata adik aku,

"Tu la.. Sape suruh cuti lama-lama" 

Waktu bulan puasa bos baik hati bagi balik kerja pukul 4pm. Sekarang back to normal routine, kena biasakan diri balik pukul 6pm macam biasa.

Lambatnya nak tunggu hari Jumaat.... -.-'


Lets face it!

Tutorial shawl by Dena Bahrin (2014)

13 July 2014

Salam,

I'm one of hundred thousands followers of Dena Bahrin on instagram. Khas untuk ladies, kalau tak kenal, boleh la follow and jenguk instagram dia. Sebagai perempuan, aku memang sangat adore dengan Dena. She is much younger than me, but I find her as an attractive muslimah, a modest uni student, yet she is a caring mother and wife. Muda lagi dah kahwin and ada anak :)

Ibu muda. Dena Bahrin and her son 

Dena Bahrin ada share satu video untuk tutorial  shawl / wide shawl  yang tutup dada. Latest tutorial 2014.  Aku baru terjumpa beberapa hari lepas.  

Video tutorial tu private dekat instagram Dena. Aku tak boleh nak terus bagi direct link, sebab private. So make sure kena follow instagram Dena Bahrin dulu ye. www.instagram.com/denabahrin . After follow, boleh search #UmmiDenaTutorial . InsyaAllah boleh jumpa..

Harap berguna, bagi sesiapa yang tercari. Sharing is caring..



p/s: Sentiasa dalam ingatan... :)

Jigsaw puzzle

5 July 2014
 
"Life is like a jigsaw puzzle, we have to see the whole picture, then put it together piece by piece"

For me,

I cherish this 'puzzle'. To solve the puzzle, the situation sometimes gives me confusion. But yet it is exciting. 

And now... I'm smiling...

 :)


Bahu ke Bahu

3 July 2014

Bulan Ramadhan ni memang ramai orang berebut pahala solat jemaah kan... Masjid surau sentiasa penuh and meriah :)

Tapi... pernah tak rasa, kenapa bila kita solat jemaah, kadang-kadang kita terasa ngantuk and lesu? Sentiasa nak menguap?

Sebabnya... tak semua orang sedar kepentingan dan kelebihan merapatkan saf bila solat berjemaah. Merapatkan saf tu... beerti kita rapatkan 'bahu ke bahu'  dengan orang sebelah kita (kanan dan kiri). Sentuhan antara bahu ke bahu tu yang paling penting...

Ustaz kat sekolah aku dulu pernah cerita kelebihan rapatkan saf ni... yang aku ingat sampai sekarang. Ikut kajian, dalam badan manusia ni ada dua jenis cas. Cas positif and cas negatif. Aktiviti seharian kita akan menyebabkan berlakunya lebihan cas negatif.

Bila kita bertemu bahu ke bahu waktu solat berjemaah, cas negatif ni dapat dineutralkan. Ajaib kan. Betapa hebatnya Allah... :) Cubala try rapatkan bahu, insyaAllah kita macam dapat 'energy', dah takkan rasa lesu bila solat...



Rugikan...kalau kita solat jemaah tapi tak rapatkan bahu antara satu sama lain. Sebab kat celah ruang-ruang kosong tulah syaitan akan masuk, kacau kita supaya tak khusyuk dalam solat :(

Erm... dah namanya pun solat berjemaah, kita bukannya solat sorang-sorang. Kadang-kadang dilema jugak, bila kita nak rapatkan saf dengan orang sebelah kanan, orang sebelah kiri kita pulak yang statik taknak rapatkan saf dengan kita...

Rapatkan saf, takkan efektif kalau sorang dua je yang buat. Semua yang berjemaah dalam solat kena praktikkan jugak.. Baru umat Islam boleh jadi power and bertenaga :)